Tuesday, February 1, 2011

syukur??

Bismillahirrahmanirrahim….
Disebalik hati yang selalu mengharapkan keredhaNYA aku mengucapkan tahmid syukur alhamdullillah yang tidakk terhingga kepada Allah swt diatas segala beragam ciptaan dan nikmat YANG Allah anugerahkan..nikmat yang pasti tidak dapat kuhitung..tidak dapatku tandingi meskipun dengan akal yang kupinjam ini..ianya masih belum mampu membuat penghuni dunia yang hina ini  mencipta kembali nikmat sementara yang telah ENGKAU kurniakan..begitu banyak nikmat..keindahan yang engkau bentangkan di antara ruangan langit dan bumi ini, tetapi berapa kali aku menuturkan tahmid syukur tiap kali aku menerima anugerahMU walaupun dalam kuantiti yang sedikit, adakah hatiku ini benar-benar berasa ikhlas ketika tanganku yang pasti kembali mereput ini menghulurkan sedekah kepada si miskin itu?..redhakah aku menjadi hambaMU yang miskin dina ini??adakah aku ini akan tergolong dalam golongan yang tidak reti bersyukur Ya ALLAH?
Pujian dari bibir yang kuhamburkan keruangan udara ini pun masih belum mencukupi untukku membalas kembali mumulangkan kembali segala kurniaanMU itu wahai AL-RAHMAN..  
Sejujurnya aku bukanlah manusia yang memiliki  rumah  mewah yang mempunyai candeliar berlian  di balik atas dinding, apatah lagi mempunyai beberapa helaian geran tanah..aku hanyalah anak seorang si penulis yang hanya mahukan hidupku sentiasa dibekalkan dengan iman yang utuh, bercita-cita mempunyai keluarga yang begitu mawaddah sakinah..
kekayaan??
Ya itu mungkin keinginan nafsuku semata2.aku tidak mengharapkan semua itu sebagaimana mereka selalu harapkan..angan-angankan…untuk apa aku memiliki semua itu??adakah memiliki beg berjenama Loius Vuitton yang original itu membuatku merasa hebat..?kereta mercedez kamu itu pula mampu membuatkan mata si jalanan itu terpesona dengak lagakmu itu..cara jalan mu yang sedikit meninggi itu pula sudahpastinya membuat si miskin itu  merasa begitu rendah diri,merasa begitu hina??itukah yang kamu si kaya..si angan2 mahukan??adakah segalanya perlu dilihat dari sudut kekayaan???aku tidak mengerti dengan segelintir manusia yang terlampau memandang segalanya hanya pada kemewahan..wang riggit..$$$$$$$!!!setakat mana itu semua mampu memberi kebahagiaan kepada kamu si manusia..?
Kamu selalu mengungkapkan kata2..alangkah bagusnya kalau aku dilahirkan kaya..dilahir kan dengan emas,berlian merata2..etc..tidakkah kamu merasa syukur dengan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada kamu?mengapa perlu kamu mengungkit kembali sesuatu yang sepatutnya kamu begitu hargai!!kamu mahu jadi kaya ya?adakah seandainya kamu kaya,kamu akan menghulurkan sedikit wang ringgit itu  kepada si miskin yang kelaparan..anak di jalanan yang menangis meminta dihulurkan hanya sebungkus nasi..si tua yang letih mencari secebis kasih sayang dari anaknya yang telah lama menghilang di rumah yang besar itu.
Kamu si remaja..
Mengapa kamu selalu mengeluh dengan apa yang telah kamu miliki??adakah rumah kecil  yang melihat kamu membesar itu masih belum kamu syukuri???adakah pakaian  yang kamu beli hanya di pasar malam itu masih tidak membuatkan dirimu  berasa alangkah indahnya diri ini kerna auratmu itu sudah dilitupi dengan sehelai cebisan kain murah itu?kamu malu ya dengan pakaian itu?tidak cukuP?tidak glamour?habis tu..kamu sanggup pula ya menghabiskan wang ringgit yang ayah kalian bagi demi memiliki pakaian…………????wahai si manusia….sedarlah…
Janganlah kamu membazir..menggunakan nikmat yang  kamu miliki sementara itu kearah kemaksiatan..kemungkaran..
Tidakkah kamu merasa alangkah indahnya seandainya diri ini mampu menghilangkan tangisan si anak kecil itu yang kelaparan..meringankan rasa pening si tua yang tidak tahu lagi bagaimana caranya mencari wang membayar yuran anaknya.lihatlah diluar sana wahai manusia..celikkanlah matamu itu dan pandanglah kearah mereka yang begitu dhaif..seterusnya bukalah pintu hati ihsanmu itu..ikhlaskan hatimu menghulurkan bantuan kepada mereka si miskin..susah sgt kah???adakah kamu lebih memilih melihat penderitaan mereka..mendengar tangisan tak berlagu mereka??kelak kamu pasti akan diadili olehNYA..setiap kali kamu membazir..menghabiskan duit..saluran akhir wang pencarianmu itu pasti akan dilihat,dicatat,disoal olehNYA di hari pengadilan kelak.di waktu itu..tiada jalan akhir untuk kamu pulang kedunia..memperbayakkan amalan sedekah..segalanya harus bermula hari ini wahai sayangku si manusia….ayuhlah si mujahadah sekalian…
Hulurkan tangan kamu,hilangkan rasa riak..takburmu itu..leburkanlah perasaan mazmumahmu itu..cetuskanlah rasa simpati..kasih..jika kamu tidak mampu…iringkanlah bibirmu diakhir solat dengan sepatah doa kepada mereka si malang yang tidak berdaya itu..
Mengapa sukar bagi kamu untuk mensyukuri nikmatnya??mengapa sukar untuk kamu membantu si malang itu??fikirkanlah wahai kamu si insan yang bergelar manusia..
*Gunakanlah akal.hati..iman kamu*
*Singkirkan nafsu..bisikan syaitan*

Lihatlah gambar ini dan fikirkanlah sejenak..bayangkan itu adalah kamu..

"Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):
Ya tuhan kami..tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau..maka peliharalah kami dari siksa neraka”( QS.ALI IMRAAN,3:190-191)


Adakah kamu tega melihat anakmu..adikmu lesu sebegini mengharapkan sesuap nasi..Kamu lebih gemar menghabiskan wang membeli makanan yang mewah..membuang sisa-sisa makanan ke tong sampah..sedangkan si kecil ini pula..menangis tidak bermaya mengharapkan sisa makananmu itu..
Apa kamu belum mensyukuri??nikmat kesihatanmu itu..nikmat makananmu itu..
Setiap hari kamu mampu membeli pizza..mC Donald..KFC..etc..tapi fikirkanlah si kecil didalam gambar ini.
Adakah hidup kamu hanya untuk kamu sahaja tanpa dikongsi bersama insan lain?

Desas desus pemberhentian bekalan air pun sudah mampu membuatkan kita mulai rasa gelisah..2jam sudah terlalu cepat  untuk menyebarkan kekecohan isu ini di sebuah kampong.
Bagaimana pula dengan si adik di dalam gambar ini? Bermandikan air kencing lembu sudah mampu menyegarkan badannya..andainya kamu menggantikan tempat si adik itu..


KATAKANLAH LAGI: BAGAIMANA FIKIRAN KAMU, SEKIRANYA AIR KAMU HILANG LENYAP (DI TELAN BUMI), MAKA SIAPAKAH (SELAIN ALLAH) YANG DAPAT MENDATANGKAN KEPADA KAMU AIR YANG SENTIASA TERPANCAR MENGALIR?. (AL HAQQAH: 11)


“BARANGSIAPA YANG TIDAK BERSYUKUR DENGAN YANG
 SEDIKIT..DIA PASTI TIDAK AKAN BERSYUKUR DENGAN YANG BANYAK..” 



create by: wardatul wafiyyah
9.30pm




Saturday, January 29, 2011

Dude Harlino & Asmirandah - Bunga-Bunga Cinta




♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah...

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji...

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Tuesday, December 28, 2010

Tudung Labuh



Semoga bacaan ini dapat “put things into perspective” buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.
Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…
“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.
Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh
Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.
Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.
Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.
Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.
Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.
Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.
Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.
“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.
Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.
Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!
Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?
Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.
Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.
Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

Putus CintA~fatimah syarha~

Warga kampus demam 'exam'. Saya pun salah seorang di antara ribuan siswa-siswi yang disapa wabak 'final exam'. Saya suka belajar di 'library'. Hari itu, usai solat Asar di masjid, saya bergegas mahu mengulangkaji di 'library'. 'Library' penuh. Ramai pelajar yang tekun belajar, menyiapkan nota, mengadakan perbincangan dan ada juga yang kelihatan kelam-kabut menyiapkan 'assignment'.
Seperti biasa, setiapkali masuk ke 'library', jika tiada 'study group' yang dirancang, saya akan mencari tempat kegemaran saya belajar iaitu di ruang tempat duduk individu di tingkat dua, paling hampir dengan dinding. Saya suka duduk di tempat yang sama sebabnya saya sudahpun berkenalan dengan tempat itu. Jika saya memilih tempat lain, sudah tentu saya perlu memperuntukkan sedikit masa untuk berkenalan dengan tempat tersebut terlebih dahulu. Melihat suasana sekitarnya, mejanya, kerusinya, hiasannya, buku-buku yang ditinggal di atasnya dan sebagainya. Agak membazir masa.
Alhamdulillah, tempat kegemaran saya masih kosong. Saya segera mendudukinya. Belum sempat meletakkan buku-buku di atas meja, pandangan mata saya sedia tertumpu pada tulisan yang tertulis di atas meja tersebut. Dengan pensil.
Aku baru jerr putus cinta. Sedih gilerr…Adalah minah ni dia rampasnyeerr boyfwenz aku. Tension giler aku waktu 2…Pedih tul rase di hati ini…minah tu lak macam lah x de org lain. Boyfwenz aku gak dia nak. Argghh! Tensionnyerr belajar. Boringnyerr belajar. Argghh! Help me. Slack in this university. Oh…no!
DBP jangan marah saya ye. Saya bukan nak rosakkan bahasa. Saya cuma menyalin bulat-bulat luahan hati seorang siswi. Mungkin satu pendedahan kepada masyarakat tentang bahasa remaja kita. Saya bukan nak bercakap soal bahasa. Saya simpati pada siswi yang mengalami ujian cinta ni. Di bawah tulisan dengan pensil tu, ada respon daripada seorang siswi lain, tulisannya lebih kemas, dengan pen. Isy, menjadi-jadi vandalisme sekarang ni!.Apapun, respon yang diberi mungkin sedikit-sebanyak dapat mengubat sekeping hati yang lara.
Cinta itu buta…
Redha je la…
Ada hikmahnya…
Mungkin ke dapat org yang lebih baik dari dia nanti...
Saya terfikir, apakah erti cinta yang telah menjajah minda remaja akhir zaman ini? Mana tidaknya, putus cinta membuatkan seorang insan merana. 'Study' jadi mangsa. Semua urusan tergendala. Hidup tak tentu hala. Harapan ibubapa, bangsa dan agama hampir binasa. Oh, bisa penangan cinta! Aduhai…
Saya teringat pula cerita seorang 'junior' yang datang mengadu masalahnya kepada saya. Ketika tu dah larut malam. Matanya merah, berair dan bengkak. Saya dapat menafsirkan dia dah pun berhari-hari berendam air mata. Dia menceritakan peritnya ditinggalkan pak we. Sudah seminggu hidupnya rasa terumbang-ambing. Hanya tangisan menjadi peneman.
Selama ini dia terlalu mendambakan cinta lelaki tu. Hinggakan dia sanggup lakukan apa saja asal dapat memenangi perhatiannya.Walaupun lelaki itu sering memperlekehkannya termasuklah menjadikan beg tangannya sebagai tempat membuang sampah, dia masih lagi mampu bersabar. Lelaki itu memanggilnya dengan panggilan 'bodoh' pun dia sabar saja. Baginya cinta itu memberi. Biarlah dia yang berkorban.
Memang 'pengorbanan'nya tinggi. Dia sanggup meluangkan banyak masa untuk mengajar lelaki itu mana-mana subjek yang sukar agar lelaki itu rasa terhutang-budi. Bukan itu sahaja, dia sanggup menyerahkan tubuhnya untuk dipegang-pegang ringan asalkan lelaki itu suka-hati. Lelaki itu suka mengambil kesempatan dan tak pandai menghargai malah sering pula mencaci dirinya. Akhirnya, lelaki itu jumpa perempuan lain dan dirinya ditinggalkan begitu sahaja. Remuk hatinya.
Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.
Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.
Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda
sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,
kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.
Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan